Salam..
Seandainya ini takdir Allah untuk sy, sy harus redha dan
terima. Semuanya sy harus percaya bahawa setiap dugaan yang sy lalui
adalah ujian dari Allah. Mungkin pada hari ini pelbagai dugaan yang sy
terima, siapa tahu akan datang suatu kejayaan dan kebahagiaan yang akan
sy perolehi. sy mesti berpegang pada itu semua.. Janji-janji Allah
memberikan yang tebaik selagi kita berusaha dan terus berusaha untuk
mendapatkan yang terbaik dariNya.
Duri hari ini adalah bunga
untuk hari esok. Sy harus kuatkan semangat tabahkan hati dan hapuskan
air mata.. Demi Ibu, Ayah dan keluarga tercinta.. Kekuatan yang sy
perolehi adalah datangnya dari orang-orang yang sy sayangi... terima
kasih semua.. Kalian banyak memberikan semangat untuk sy. Juga untuk
seseorang yang sy sgt sygi. terima kasih atas segalanya. ^_^
Apa yang perlu
sy lakukan sekarang, berusaha, berusaha, dan terus berusaha.. Sy harus
yakin dengan kemampuan diri.. Masalah yg ada disekeliling tetap ada dan
terus ada. Sy harus bijak menanganinya.. Supaya tidak terlalu ikutkan
emosi. Emosi yang melampau sebenarnya akan menyebabkan kita cepat
tersungkur. Tak kiralah diketika dan saat itu terdapat halangan dan
sebagainya.. Sy harus terus berani mengharungi walaupun pelbagai risiko
yang bakal sy lalui..
Doa, merupakan senjata.. Itu juga sy
pegang. Ibu selalu pesan, doa, doa dan terus berdoa.. Allah akan selalu
mendengar doa kita bila kita benar -benar ikhlas dengan apa yang kita
minta dan apa yang kita lakukan. Jangan mengharapkan terlalu cepat apa
yang kita ingin kan.. Allah sering menguji kita sejauh mana keikhlasan
dan kesungguhan kita terhadapNya. Yang penting jgn cepat berputus asa..
Sesungguhnya kita dilahirkan untuk mengabdikan diri kepadaNya. Oleh itu
kita harus selalu bertawakal.. Insyaa Allah semuanya akan dimakbulkan..
Ikhlas, Ikhlas dan sentiasa Ikhlas.. ^_^
No comments:
Post a Comment